Pergilah dari hidupku !!!


Aku kini berdendam atas segala apa yang telah kau lakukan padaku.Kini tiba masanya aku perangi kamu.Usah kau datang lagi padaku wahai makanan-makanan yang berlemak dan tidak sihat ! Biarkan mu terlerai biarkan dirimu luluh ! Hancurlah wahai lemak diperut ! Haha tolonglah pergi..aku nak kuruskan badan,banyak aje kerenah dan dugaan aku nk kurus nih huhu ! hahaha



~ Wajah Khairul Teh Tarik di awal perkenalan kami ~ 


Kepada sahabat karibku iaitu Khairul Teh Tarik Bin Mamak.Dirimu berada disisi tak kira aku susah atau senang.Dirimu tak pernah tinggalkan aku.Ku tahu dirimu amat manis dan berlemak.Sekali ku menghirup dirimu,pehh nikmat yang dirasai amat layan~.Di pagi hari dirimu terpampang didepan mataku menunggu untuk dihirup.Begitu sekali dirimu itu setia padaku.Namun pergilah dariku wahai Khairul Teh Tarik.Manismu membunuhku dan membuncitkan ku.Selamat tinggal Khairul..matilah ko hahaha


 

~Ni la rupa Puan Zinger Binti Spicy yang menggoda ~

Tidak lupa juga kepada Puan Zinger Binti Spicy yang senantiasa berada disisi ketika ku perlukan mu,Pergilah dariku dah pergilah biarkan dirimu dimakan oleh orang lain.Fillet ayam spicy mu memang tak terkata sedapnya.sekali ku kunyah beratus-ratus otot mulutku bergerak.Kesedapan mu tiada tanding.Dan akibat ini perutku bertambah kehadapan.Terima kasih atas lemak dalam fillet dan mayonis itu.dan kini ku sedari betapa bahaya kamu.Oh shit.























~ Cik Subway Binti Mayonis Dan Sahabatnya yang seksi belaka ~

Dan tidak lupa juga kepada kekasihku Cik Subway Binti Mayonis.Kurang hajar kamu.Berani kamu menggodaku dengan lenggokan sosej yang menarik disambut dengan fillet daging yang enak.Pastu kamu pakai sos mayonis dan vinegar.Perghh..sungguh menggoda dan ku tergoda sebenarnya dengan dirimu.Dirimu menjerat aku kelembah kegemukan.Matilah kau wahai Subway punyer sandwich.Meskipon dirimu sedap tak terkata.Namun bahaya kamu nih.Huhu selamat tinggal cik Subway =p



Aku nak kurus..namao bonchet dah hahaha


0 Response to Pergilah dari hidupku !!!

Post a Comment