~ Laknatullah ~






















Sepertimana anda semua maklum,berita yang terkini tentang kejahilan dan kejahatan Israel adalah tentang perampasan bantuan kemanusiaan yang menghala ke Gaza seberat 10,000 Tonne di laut Mediterranean.Dan sekali dengan konvoi enam kapal itu,terdapat 16 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada Doktor,Wakil media dan macam2 lagi.Mereka semua pergi kesana dengan niat membantu saudaa sesama Islam dan akhirnya si laknatullah datang menyerang para aktivis kemanusiaan.Kejahilan yang tiada tandingan sama sekali...namun begitu,seperti yang telah saya agak dan seharusnya kita bersifat benci dan marah dengan kejahilan sebegini.Namun begitu,kita nih semua maaf saya kata,bagai kera termakan cili..sekali termakan cili terasa pedas namun apabila pedasnya hilang..kita lupa pedasnya cili itu.Begitu juga dengan situasi Israel nih..bukan baru hari ini dia buat menda2 jahil macam nih tapi dah lama dari tahun 1960-an lagi.Kenapa hari ini dalam akhbar tiba2 semua orang menjadi marah seolah perkara ini baru sahaja diketahui umum ?Kenapa hari ini tiba2 ramai orang masuk group kt Facebook "We hate Israel" dan macam2 lagi..kenapa baru hari nih nak sedar dan tahu akan kejahilan mereka ? Selama nih apa yang korang tahu sebenarnya ?

Memang la mereka ni baru sahaja kelmarin menyerang kapal2 ini..namun begitu,sudah lama kejahilan sebegini dilakukan mereka..kita tidak seharusnya terkejut macam baru aje tau yang Israel nih jahat..hari2 ada sahaja warga Muslim di Palestin dibunuh dan dikejam,namun media massa negara kita yang bertuah ini dipenuhi dengan najis-najis politik lantas mengalih perhatian rakyat negara kita tentang apa yang berlaku diseantero dunia.Media massa yang menjadi santapan harian kita menjadi menu perbualan dan madah untuk memikirkan apa yang terjadi..namun begitu fungsi media massa negara kita tidak jelas tentang motif sebenar perjuangan akhbar2 ini.Harini kisah A..lusa Kisah B pula dan tidak pernah terhenti begitu sahaja...

Dan kalau anda semua masih ingat lagi serangan keatas bumi Palestin dan penaklukan sementara pada Krismas 2008 oleh bala tentera jahil dari Israel,masa tu pon kita semua marah dan bakar bendera Israel dan macam2 lagi kita nak tunjukkan kemarahan kita atas kejahilan mereka.Namun selepas beberapa minggu kita kembali lupa dan tidak endah langsung apa yang terjadi dahulu.

Memang kita sebagai Muslim ada tanggungjawab untuk mengeji kejahilan sebegini dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan sesama saudara Islam.Namun begitu,kejap aje dalam 2 minggu selepas kejadian..media tempatan semua pon dah tukar isu politik dan macam2..kita pon jadi lupa terus dengan nasib mereka2 di bumi Palestin dan para saudara kita di serata dunia yang merana.

Dan Ahad lepas setelah apa yang berlaku..kita secara tiba2 "terkejut" dengan kejahilan serangan ini..kembali membuat demonstrasi dan macam2 lagi...dan percayalah,selepas beberapa minggu kita akan kembali lupa akan perkara ini dan kembali membuat urusan harian kita seperti biasa dan memenuhkan bicara dan inti percakapan sembang dengan tajuk2 lain.

Dalam perjuangan kita seharusnya bersikap istiqamah iaitu bersifat teguh tetap dan tak berubah,janganlah hari ini kita berkobar-kobar namun selepas beberapa hari semangat itu lesap bagai kentut didepan kipas.Inilah sikap majoriti manusia di dunia ini dan termasuklah saya sendiri.Diri ini bukanlah seorang yang sempurna namun saya hanya berkongsi buah fikiran yang terdapat diminda kepada para pembaca tentang apa yang yerjadi.Sebab itu perjuangan kita tidak pernah selesai..kerana kurangnya istiqamah dalam perbuatan kita.

Kita seharusnya bersikap tetap dan tidak berubah2,janganlah datang sahaja angin..kita turut serta bergoyang ibarat lalang di padang yang menutur kata hati yang lembut dan berorak irama bersama angin yang lesu.Seharusnya perjuangan tidak berhenti dan kita juga janganlah mengharapkan orang lain dan mempersoalkan apa yang pihak lain telah buat untuk membaiki keadaan..sebaliknya kita seharusnya membuka mata dan persoalkan terlebih dahulu apa yang telah saya lakukan demi untuk melihat apa yang berada dihadapan kita lebih baik dari apa yang sebelumnya.

Bak kata Allahyarham Michael Jackson. "Be the change to change the world".Sekian sahaja entry kali ini demi merujuk kepada reaksi rakyat Malaysia tentang kejahilan serangan terbaru ini.Sekian dan moga anda semua sentiasa ceria dan diberkati.Wassalam ~
~Kamal Zawari~

0 Response to ~ Laknatullah ~

Post a Comment