~ Sambal + Susu ~



















 Ape khabar sume,dah beberapa hari jugak aku tak post update kat blog nih wahaha,so apesal dengan tajuk aku nih?sebenarnya aku baru lepas makan nasi + asaparagus + ayam masak sambal huhu..pastu samil tonggang kotak susu 1 liter..aku memang suke susu.Sambil makan nih sambil tengok South Africa VS Mexico first match FIFA World Cup 2010 huhu...minggu nih pon cuti pertangahan tahun budak sekolah tapi student2 aku tak ramai balik kampung coz depa cakap parents diorang busy dan macam2 lagi huhu..yela demi mencari sesuap rezeki dan anak2 mereka...itu lah dunia zaman sekarang nih dididik sebegitu rupa agar lebihkan material daripada institusi kekeluargaan yang mana pada mata aku semakin hilang.

Ada seorang student aku n adik dia pon kat tempat tuisyen tu yang seharian duduk kat tempat tuisyen tu dari siang.Malam baru balik rumah.Yela sebagai parents memang seharusnya menyediakan makan dan minum dan keperluan yang lain.Namun begitu anak-anak perlu diberi perhatian,huhu so ade dan macam-macam menda aku belajar dengan menjadi cikgu,belajar macamana kesabaran mengajar dan juge dapat jumpe dak2 sengal haha.Thanks to two of my friends yang ajak aku kerja sini,thanks sangat2 kat korang berdua.Gaji xde la tinggi..kecik aje tapi aku suke kerja sini,huhu best dan aku rasa sayang dengan student2 aku.Cikgu doakan korang semua berjaya dan belajarlah tentang kehidupan,cikgu pernah lalui apa yang korang semua lalui dan kini tanggungkawab cikgu pulak nak bimbing kamu semua huhu

Minggu nih pon agak busy dengan macam-macam tapi ari rabu aritu pon sempat lagi g Sunway Lagoon dengan 5 orang rakan haha.Tapi pergi kejap aje coz petang tu nak mengajar.Apa-apa pon memang sedap coz dah lama tak pergi huha ramai2 haha.

Dan kepada orang yang ramai tanya saya dan siap e-mail pon ade,yeah saya single dan dah takde apa2 lagi dengan yang tuut wahaha.Tak cari lain ke Mr Kamal ? tak coz aku malas sebenarnya,sekarang nih bile dah xde pasangan aku banyak sket rileks haha dan lepak2 rumah dan buat hal sendiri so mungkin tak la ek as for now.Kot2 tibe2 ade calon datang ke time tu mungkin keputusan aku berubah haha,tapi ape yang pasti bukan masa terdekat la coz aku nk rilek2 dlu jadik solo.Jadik solo pon bes ape beb,ko leh wat ape ko nak suke hati mak nenek je haha so it aint so bad.Menda kat dunia nih ade je pro & cons huhu.Ade baik ada buruknya huhu.

So aku pon dah mengantuk coz esok nak jalan jauh.Arinih je dah abeh 5 ratus lebih repair Unser huhu.Sayang maa kereta nih.So kena jaga elok2.Okeh la kawan2..saya mahu tidor sudah,baru half-time nih South Africa lawan Mexico.tapi aku dah ngantok coz penat + sakit perut coz minum susu + makan sambal haha.So apa pon semoga para pembaca sekalian berbahagia dan diberkati dan diterima setiap amalan.Wassalam & Salam Sejahtera =)

~ Sila baca ~


Okeh so kat sini aku ada link menarik nak share kat korang para pembaca sekalian,namun begitu before korang bukak link dan baca contents nih aku cadangkan agar korang yang bakal baca nih..

1) Otak biar rasional,kalau otak sempit dan jumud xyah baca
2) Buka hati,jangan buka mata aje
3) Sila baca line by line
4) Jangan terkejut beruk
5) Sila baca dengan tabah dan sabar

 Kalau korang rasa boleh baca dan rasa boleh terima content yang bakal korang baca nih dengan hati terbuka dan mata hati,maka sila click..kalau x takyah click,bek korang pergi layan menda lain.ok coz menda nih serius dan bukan nak dipandang remeh...huhu

So nih la dia linknya..

http://www.dinar-emas.com/vatican.html

~ Rasuah ~























 Aku dah lama nak tulis nih sebenarnyer cuma baru hari nih teringat nak tulis.AKu just nak share yang aritu aku terbaca surat khabar dan ade la berita yang agak bangang bagi aku."Polis Dianugerah Ganjaran Setelah Tolak Rasuah"...dan dalam tu ade ditunjuk yg polis2 nih dapat ganjaran bape ntah pastu dapat pingat dan sijil.WTF ? Ade ke polis dianugerah akibat tolak rasuah ? Apa dah jadi nih ? Manusia sekarang diberi ganjaran akibat 
berkelakuan baik ? Maknanyer seolah2 perlakuan baik itu amat minima dikalangan orang zaman sekarang ?

Huhu dan korang tengok la siap kena pakai badge sume ntok tunjuk yang mereka nih anti rasuah sume,adehh ape nak jadi nih ? Kalo orang yang sepatutnyer menegakkan keadilan pon terpaksa buktikan yang mereka nih sbenarnyer tak amek rasuah,itu sendiri dah tunjukkan bahawa betapa tahap sivik orang zaman sekarang amat rendah huhu.Aku tak la kata aku nih orang yg bersivik namun ini lah dia kenyataan zaman sekarang..arasoh ? 

Masakini orang dibayar dan diberi ganjaran setelah membuat perkara baik ? apa dah jadi dengan orang zaman sekarang ?Apakah selepas ini kita akan melihat student diberi pingat atas siapa yang solat 5 waktu tanpa tinggal satu waktu solat? Ataupon selepas ini kita akan lihat yang tok imam dibayar atas setiap rakaat yang dia imamkan ? Huhu itu lah pasal...aku pon mcm bengong aje baca..haa korang yang bace nih paham ke x ape aku cuba sampaikan nih? haha ikut lah cmne pon tapi tu la aku rasa bengong je bace...huhu
  

ok bye

~ What the...~



















When you attack Black people, they call it racism. When you attack Jewish people, they call it antisemitism. When you attack women, they call it sexism. When you attack homosexuality, they call it intolerance. When you attack a country, they call it treason. When you attack a religious sect, they call it hate. But when they attack the Prophet Muhammad, they call it freedom of speech!!

~ Bosan ~


aku bosan sebenarnya nih,taktau nk tulis ape..so korg bace la ape aku taip nih,korang bace pon rasa bosan kan..haha k lah,jom main game

~ hahaha ~

























hoho,bengong lah aku nih wahaha..demm,ckp debate depan orang ramai hentam orang sana sini takde hal bukan main lagi..haha berani aje..tapi nak cakap sepatah aje kat orang yang kita minat nih,rasa gile dalam mulut nih ade grenade yang nak meletop hahaha.Sangat susah nak buka mulut oih..haha, xpelah takde rezki aku kot haha bengong aku nih =p.Bukan awek ar..crush aje wahaha,challo beteh

~ Laknatullah ~






















Sepertimana anda semua maklum,berita yang terkini tentang kejahilan dan kejahatan Israel adalah tentang perampasan bantuan kemanusiaan yang menghala ke Gaza seberat 10,000 Tonne di laut Mediterranean.Dan sekali dengan konvoi enam kapal itu,terdapat 16 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada Doktor,Wakil media dan macam2 lagi.Mereka semua pergi kesana dengan niat membantu saudaa sesama Islam dan akhirnya si laknatullah datang menyerang para aktivis kemanusiaan.Kejahilan yang tiada tandingan sama sekali...namun begitu,seperti yang telah saya agak dan seharusnya kita bersifat benci dan marah dengan kejahilan sebegini.Namun begitu,kita nih semua maaf saya kata,bagai kera termakan cili..sekali termakan cili terasa pedas namun apabila pedasnya hilang..kita lupa pedasnya cili itu.Begitu juga dengan situasi Israel nih..bukan baru hari ini dia buat menda2 jahil macam nih tapi dah lama dari tahun 1960-an lagi.Kenapa hari ini dalam akhbar tiba2 semua orang menjadi marah seolah perkara ini baru sahaja diketahui umum ?Kenapa hari ini tiba2 ramai orang masuk group kt Facebook "We hate Israel" dan macam2 lagi..kenapa baru hari nih nak sedar dan tahu akan kejahilan mereka ? Selama nih apa yang korang tahu sebenarnya ?

Memang la mereka ni baru sahaja kelmarin menyerang kapal2 ini..namun begitu,sudah lama kejahilan sebegini dilakukan mereka..kita tidak seharusnya terkejut macam baru aje tau yang Israel nih jahat..hari2 ada sahaja warga Muslim di Palestin dibunuh dan dikejam,namun media massa negara kita yang bertuah ini dipenuhi dengan najis-najis politik lantas mengalih perhatian rakyat negara kita tentang apa yang berlaku diseantero dunia.Media massa yang menjadi santapan harian kita menjadi menu perbualan dan madah untuk memikirkan apa yang terjadi..namun begitu fungsi media massa negara kita tidak jelas tentang motif sebenar perjuangan akhbar2 ini.Harini kisah A..lusa Kisah B pula dan tidak pernah terhenti begitu sahaja...

Dan kalau anda semua masih ingat lagi serangan keatas bumi Palestin dan penaklukan sementara pada Krismas 2008 oleh bala tentera jahil dari Israel,masa tu pon kita semua marah dan bakar bendera Israel dan macam2 lagi kita nak tunjukkan kemarahan kita atas kejahilan mereka.Namun selepas beberapa minggu kita kembali lupa dan tidak endah langsung apa yang terjadi dahulu.

Memang kita sebagai Muslim ada tanggungjawab untuk mengeji kejahilan sebegini dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan sesama saudara Islam.Namun begitu,kejap aje dalam 2 minggu selepas kejadian..media tempatan semua pon dah tukar isu politik dan macam2..kita pon jadi lupa terus dengan nasib mereka2 di bumi Palestin dan para saudara kita di serata dunia yang merana.

Dan Ahad lepas setelah apa yang berlaku..kita secara tiba2 "terkejut" dengan kejahilan serangan ini..kembali membuat demonstrasi dan macam2 lagi...dan percayalah,selepas beberapa minggu kita akan kembali lupa akan perkara ini dan kembali membuat urusan harian kita seperti biasa dan memenuhkan bicara dan inti percakapan sembang dengan tajuk2 lain.

Dalam perjuangan kita seharusnya bersikap istiqamah iaitu bersifat teguh tetap dan tak berubah,janganlah hari ini kita berkobar-kobar namun selepas beberapa hari semangat itu lesap bagai kentut didepan kipas.Inilah sikap majoriti manusia di dunia ini dan termasuklah saya sendiri.Diri ini bukanlah seorang yang sempurna namun saya hanya berkongsi buah fikiran yang terdapat diminda kepada para pembaca tentang apa yang yerjadi.Sebab itu perjuangan kita tidak pernah selesai..kerana kurangnya istiqamah dalam perbuatan kita.

Kita seharusnya bersikap tetap dan tidak berubah2,janganlah datang sahaja angin..kita turut serta bergoyang ibarat lalang di padang yang menutur kata hati yang lembut dan berorak irama bersama angin yang lesu.Seharusnya perjuangan tidak berhenti dan kita juga janganlah mengharapkan orang lain dan mempersoalkan apa yang pihak lain telah buat untuk membaiki keadaan..sebaliknya kita seharusnya membuka mata dan persoalkan terlebih dahulu apa yang telah saya lakukan demi untuk melihat apa yang berada dihadapan kita lebih baik dari apa yang sebelumnya.

Bak kata Allahyarham Michael Jackson. "Be the change to change the world".Sekian sahaja entry kali ini demi merujuk kepada reaksi rakyat Malaysia tentang kejahilan serangan terbaru ini.Sekian dan moga anda semua sentiasa ceria dan diberkati.Wassalam ~
~Kamal Zawari~