~ Dr Ros Zakaria ~

















- Dr Ros Zakaria, yang berbaju pink n pakai kot kat depan tu -



Puan Dr Ros Zakaria,guru yang aku kenali ketika aku masuk Form 4 kat SMAP Kajang dahulu.Dia nih memang seorang guru yang istimewa.Cara approach dalam pengajaran dia juga berlainan dan dia ini tidak kurang juga ramai yang xpuas hati.Biasalah manusia..kalau kita buat A pon salah,buat B pon salah betol tak ?Dan suatu hari aku telah diundang untuk menghadiri sesi temuduga bagi menjadi Pemimpin Pelajar SMAPK pada hujung tahun 2003.Disitulah titik aku kenal Dr Ros dengan lenih dekat.Dia nih seorang yang aggresive n outspoken.Dan aku menerima jawatan itu dengan rela hati dan selang dua hari lepas itu aku dipanggil Dr Ros dibiliknya.


Dia menemu ramah diriku di bilik Pemimpin Pelajar dan dia tertarik untuk memanggil diriku kerana dia mengatakan ada sesuatu pada diriku yang membuatkan dia tertarik.Not in a perversive manner but in terms of my personality.Aku bukan lah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik,ujian bulanan dan peperiksaan..aku mesti antara tahap 20 last dalam batch.Dan dialah antara orang yang pertama sekali panggil nama kedua aku..Zawari,selalunya orang panggil aku Kamal..tapi Dr ROs panggil aku Zawari,mak n ayah aku pon xpanggil gitu..huhu dan tak ramai tahu yang Zawari itu nama aku juga.Dan orang kedua yang kadang2 panggil aku Zawari is my dear Hanisah..macam aku kata lah,tak ramai tahu Zawari tu juga nama ketiga aku.


Aku pun tak tahu kenapa tapi tulah huhu..rasa macam bengap aje time form 5 & form 5..So Dr Ros kata aku nih berpotensi,cume environment dan aku nih belom lagi pandai untuk menggunakan potensi diriku.Dia memberikan semangat dan macam2 lagi..aku nih bukan jenis makan sangat ape orang kata,huhu...tapi itulah,Dr Ros memberi perhatian yang lebih padaku,apa2 sahaja berlaku dan setiap kali ujian ataupon peperikasaan dia akan datang dan check prestasiku dan senatiasa cuba menonjolkan diriku dikhalayak supaya aku dapat gunakan apa yang terpendam.Terus terang aku cakap aku pon tak tahu apa potensi yang dia cuba aku keluarkan..namun setelah masa berlalu kini aku sedari banyak dalam diriku ini yang dibazirkan dan harus aku gunakan dengan sepoenuhnya,aku ingat Dr Ros omong kosong dahulu dan kata2nya hanyalah sebagai pemberi semangat kepada pelajar sepertiku..dan kini setelah 6 tahun meninggalkan SMAPK..aku sedari tentang benarnya kata-kata beliau.Aku sentiasa teringatkan dirinya dan ingin aku jumpa dia sekali lagi bagi mengucapkan terima kasih atas segala nasihat dan pedoman yang diberikannya dahulu.


Ayat yang aku masih ingat sampai saat ini "Remember Zawari,you are special,you can do what others cannot.."


Namun,dua hari lepas aku menerima berita buruk yang Dr Ros telah mengalami kemalangan di Seremban bersama dua orang anaknya,Dr Ros kini terlantar di Hospital Seremban dan dia sedang koma,anaknya yang bongsu terkorban ditempat kejadian manakala seorang lagi anaknya cedera ringan.Aku terduduk dan terkesima,hatiku ini merasa sangat berat,meskipun aku kenal Dr Ros tak sampai setahun lebih,namun impak dan nasihatnya yang amat banyak dan tunjuk ajarnya padaku tak dapat dibayar dengan mata wang.Moga Allah sembuhkan Dr Ros dan berilah ketabahan dan kekuatan padanya.Ampunkann muridmu ini cikgu.. dan halalkan segala ilmu darimu padaku..

1 Response to ~ Dr Ros Zakaria ~

  1. Macam mana nak cari dr ros..apa yang tuan alami sama seperti saya 😭😭

Post a Comment