~ Diari seorang isteri ~




















Diari seorang isteri =)

Isnin :
Kad kredit saya telah dicuri, saya tidak membuat laporan polis kerana pencuri itu tidak menggunakan wang sebanyak yang digunakan oleh suami saya.


Selasa :

Saya bertanya kepada suami,”Sayang, tempat mana yang terbaik untuk merayakan hari ulang tahun perkahwinan kita?”
Dia menjawab, “Cubalah ketempat yang belum pernah saya lawati.”
Malam itu saya mendapat satu penampar kerana membawa suami saya ke dapur rumah .


Rabu :

Kalau keluar bersama-sama, kami selalu berpegangan tangan. Hari ini saya lepaskan tangannya, sedar-sedar dia sudah ketempat wanita bersenamrobik..


Khamis :

Suamiku paling suka membeli barangan kereta. Hari ini dia telah membeli roda berantai untuk kegunaan
kereta kebal. Untuk Drift katanya.


Jumaat :

Hobi suamiku adalah Ubahsuai Kereta, Ubahsuai Kereta, dan Ubahsuai Kereta. Oleh kerana hari ini dia demam, malam tadi aku dengar ada 3 buah kedai accessories kereta telah bankrup.


Sabtu :

Dia suka mengumpulkan alatan elektrik untuknya dan keretanya.. Dia beli gitar elektrik, Tombol gear elektrik, stereng elektrik, dan semuanya serba elektrik.
Pagi tadi dia tanya, “Ayang, ayang rasa, barang apa yang belum saya miliki?”;
Saya belikan dia sebuah kurusi elektrik !- dapat lagi satu penampar.


Hari Minggu :

Hari ini, suami saya menelefon saya dan mengeluh, keretanya rosak dan tidak dapat bergerak lagi. Saya tanya apa sebabnya,
Dia kata ada air di karburatornya.
Saya bertanya kereta ada dimana,
Dia kata terbabas kedalam Laut Danga Bay.

~ Terdedah akhirnya ~



















Aku ada cerita ni... sangat serius.. tapi jangan bagitau orang lain tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

 

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

 

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. 


















Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

~ Jangan marah ~


Pasangan perlu renungkan punca perselisihan, elak saling menuduh supaya pertengkaran tidak merebak

DALAM kehidupan suami isteri atau alam perkahwinan satu perkara yang tidak dapat dielakkan ialah konflik atau perselisihan faham.

Pelbagai perkara boleh mencetuskan perbalahan, malah perkara kecil seperti terlupa membeli sesuatu barangan atau memberi komen masakan isteri kurang enak boleh menjadi bahan bertengkar.

Betul kata seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam lirik lagu beliau, ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Konflik ada kebaikan dan keburukan kepada pasangan yang mengharungi alam rumah tangga.

Aspek positif mungkin konflik itu boleh mematangkan perhubungan suami isteri. Dalam perkahwinan kita terpaksa berkongsi segalanya dan melalui perbalahan, kita akan tahu kelemahan dan kelebihan suami atau isteri.

Perkara negatifnya apabila perbalahan tidak dikawal dan masing-masing mahu menunjukkan ego sendiri, pertengkaran yang berkisar perkara kecil atau remeh-temeh boleh berlarutan kepada ‘perang dingin’ atau krisis lebih besar.

Dan, dibimbangkan apabila krisis itu tidak dikawal atau salah seorang tidak mahu mengalah, ia boleh menyebabkan penggunaan fizikal seperti memukul isteri atau pinggan mangkuk melayang.

Malah, perkara dibimbangi apabila ia berakhir dengan perceraian.

Ada suami yang terlalu marah kepada isteri sanggup mengeluarkan perkataan, ‘Aku ceraikan kamu dengan talak tiga’. Memang lidah itu lembut dan boleh menuturkan apa saja apabila marah tetapi akibatnya ialah perkahwinan dan anak-anak menjadi mangsa.

Hendak dirujuk semula sudah tidak boleh, justeru apabila perasaan marah sudah hilang, masing-masing akan menyesal. Malah, ketika itu jika menangis air mata darah pun, sudah tidak mempunyai sebarang pengertian.

Bagi memberi panduan kepada suami isteri melalui saat-saat pertengkaran, cuba ikuti cara di bawah, mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu apabila marah menguasai diri.

# Cuba fahami sebab dan punca perselisihan tercetus antara suami isteri secara bersama. Renungkan apakah sumber kemarahan yang menjadi pertengkaran itu boleh merebak jauh.

# Elakkan daripada membuat tuduhan dan menyalahkan pasangan dengan mengaitkan pelbagai sebab dan punca. Cuba duduk berasingan untuk seketika bagi mendapatkan sedikit petunjuk sebab yang menimbulkan kemarahan.

# Jangan menggalakkan perselisihan dengan pelbagai dorongan seperti merungut mengenai perkara yang tidak diselesaikan. Contohnya, merungut mengenai keluarga pasangan atau ciri peribadinya atau prestasi dirinya kepada pasangan.

# Jangan menggunakan kaedah mencabar dengan perkara yang boleh menyemarakkan api kemarahan seperti memperlekehkan kehadiran pasangan dengan satu taraf yang memalukannya atau mengungkit kisah lama yang tidak dapat diulangi semula.

Ada juga isteri disebabkan terlalu marah sanggup mencabar suami menceraikannya tanpa memikirkan baik buruk dan masa depan anak-anak jika berlaku perkara sedemikian.

# Jika pasangan dapat berfikir dengan tenang dan perasaan yang terkawal, suami isteri mampu saling bertukar pandangan dan mencari jalan memperbaiki prestasi masing-masing.

# Pasangan yang bijak sentiasa melihat perkara positif untuk memperbaiki punca perselisihan, bukan mencari bukti dan alasan untuk menamatkan tekanan.

# Elakkan perselisihan di hadapan orang lain termasuk anak-anak kerana ia akan membuatkan mereka mengikuti perangai yang tidak baik itu. Satu punca masalah sosial remaja ialah keluarga yang porak peranda dan ibu bapa selalu berselisih faham. Justeru, anak-anak lebih sukar melepak di luar berbanding di rumah yang dianggap memberi tekanan jiwa.

# Adab yang paling baik ialah jika kita berselisihan faham, mintalah pandangan mereka yang boleh diharapkan dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Contohnya, anda boleh meminta nasihat kaunselor atau pertubuhan wanita yang menyediakan talian khusus untuk anda meluahkan perasaan marah.

# Apabila anda terlalu marah, cuba beredar dan mengambil wuduk untuk bersolat kerana dengan menghadap Allah, kita akan meredakan perasaan marah. Sesungguhnya perasaan marah itu syaitan kerana makhluk itu tidak senang suami isteri hidup dalam aman damai dan sentiasa mengerjakan suruhan Allah.

# Ingat pesanan ini. Kebijaksanaan seseorang itu bukan kerana kekuatan fizikal atau tubuh yang sasa tetapi apabila suami atau isteri itu dapat mengawal perasaan marah.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, musuh Islam sanggup membaling batu kepada Nabi tetapi baginda tidak marah sebaliknya memaafkan orang yang melakukan perbuatan itu.

~ OMG ~


Alamak..aku baru nak taip,sakit perut pulak..ok2,nanti aku taip semula hoho,adehh salah makan ape plak nih

~ Coming under ~





==========================================
Boys Like Girls (Feat : Taylor Swift) : Two Is Better Than One
==========================================

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one


I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, "Hey,"


Maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one

~ Maybe its true ~























Maybe its true..

That I can't live without you..

There's so much time to figure out the rest of my life..
...
...
...

When I close my eyes and drift away

I think of you and everything's okay..

You came into my life and I've found that

This could be something..

Cause everything you do and everything you say

You make it hard for breathing

I finally now believing

That two is better than one..

No maybe,just the truth..

=)

~Usaha~


Well selama nih aku aje yang tergedik2 dan bertepuk sebelah tangan rupanya,aku je yang asik pujuk n mengelabah sorang2..selama nih dia kata dia xpernah cinta,well this shit is easy..this time if you want me back you gotta fight and show me that you really want me and show me that you are worth it..I am a normal guy though..enough of me begging and shit,this time its your turn to show me~

PEACE